Tindak balas kejadian Genosid Armenia

Oleh pemerintah Turki

Meskipun keadaan wajah pemerintahan Republik Turki yang mengambil alih setelah runtuhnya Empayar Uthmaniyah hasil tindakan menerapkan nilai sekularisme kuat dalam negara tersebut, pihak pemerintah enggan mengakui jenayah yang dilakukan pemerintahan duluan tersebut dengan menyatakan bahawa jumlah korban lebih kecil lebih berakibatkan perang saudara dalaman. Di sisi lain pula, semakin banyak pakar dan ilmuwan Turki mengakui genosida ini, antara lainnya Taner Akçam, Fatma Muge Gocek, dan Halil Berktay.

Pengiktirafan sedunia

Negara-negara dan daerah yang telah mengakui berlakunya Genosid Armenia

Banyak aktivis dari diaspora orang Armenia seluruh dunia telah menggesa kerajaan-kerajaan mereka agar mengiktiraf kejadian pembunuhan beramai-ramai ini secara rasminya.

Sudah terdapat beberapa negara yang mengeluarkan pengakuan rasmi telah berlakunya pembunuhan beramai-ramai ini:

Sementara itu, terdapat beberapa pemerintah tempatan dalaman (dalam kawasan mahupun negeri) yang telah bertindak seumpamanya:

Sebanyak 135 tugu peringatan didirikan di serata 25 buah negara bagi memperingati pembunuhan beramai-ramai ini.[9] Sebuah dataran di bukit Tsitsernakaberd di Yerevan dibina oleh pemerintah Armenia yang dikhususkan kepada mangsa-mangsa genosid pada 1967, di mana suatu majlis peringatan akan diadakan di sana setiap 24 April; ia turut menjadi tempat kebiasaan negarawan, orang ternama atau delegasi dari luar negara dalam kegiatan lawatan mereka ke Armenia.

Rujukan

WikiPedia: Genosid Armenia http://genocide-museum.am/eng/ http://www.cnn.com/2008/WORLD/europe/11/13/sbm.lem... http://www.armenian-genocide.org/ http://www.armenian-genocide.org/memorials.html https://yalebooks.yale.edu/book/9780300186963/tota... https://encyclopedia.1914-1918-online.net/article/... https://encyclopedia.1914-1918-online.net/home.htm... https://www.ushmm.org/wlc/en/article.php?ModuleId=... https://www.ushmm.org/wlc/en/article.php?ModuleId=... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Armeni...